Nuffnang

Giveaway

Friday, December 30, 2016

Percutian Baru di Sabah

Assalamualaikum
Hah lama tak update blog kan
Sibuk sangat bila akhir tahun ni
Mana sibuk dengan aktiviti Jabatan akhir tahun
Mana sibuk dengan cuti2 Malaysia hahaha

Entry kali ni nak share sikit pasal cuti-cuti dalam negeri sendiri. Tempat yang saya pergi ni tempat baru untuk dilawati di Sabah tau. So korang nanti datang sini lagi pergilah 2 tempat ni. Tapi gambar tak banyak sebab sekarang susah nak gambar sibuk dukung baby jer hahaha

Cowboy Town
Sabandar Tuaran,Sabah.
Dalam 30 minit dari Bandar KK.
Tuaran dikenali dengan Kuda. Sebab kat sana orang selalu main lumba kuda.




Masuk percuma sahaja. Kalau nak naik kuda baru bayar RM15. Tapi kalau nak naik kuda datang sebelah petanglah, sebab petang baru diorang buka untuk siapa-siapa yang nak naik kuda. 

Lepas tu kalau nak bergambar dengan kuda atau nak bagi kuda makan pun boleh. makanan kuda Rm2 seikat sahaja. Tapi harap maklum ya bau yang amat hahahahhaha...

Lepas tu kalau lapar boleh lah koramg pergi kat hutan bakau kat sebelah je dengan kandang kuda, kat sana diorang ada buat tempat rehat-rehat. ada restoran lagi tau. Sejuk ja masuk sana. Bestlah suasana dalam hutan tu. Tapi gambar saya tak ambil sebab saya tak masuk dalam, husband yang masuk. Bawa baby ni bahaya sikit. tunggulah baby besar sikit, baru p sana lagi. 

Rabbit Village
Kundasang, Ranau

Yang ni tempat baru kat Kundasang, siapa-siapa yang nak manja-manja dengan Arnab bolehlah datang sini. Comel-comel  Arnab dia tau. Diorang buat taman-taman arnab. Main kejar-kejar dengan  Arnab  hehehe.. Macam biasalah gambar takda ambil sebab sibuk pegang anak hahahaha. Kat sana bahaya sikit sebab bukit. So korang yang bawa anak, careful okay, nanti tergolek pula anak tu. 



Bayaran masuk start umur 4 tahun keatas Rm 2
Dan dewasa Rm4.

Makanan  Arnab  dijual Rm2. 

Saturday, December 17, 2016

ProjekVan10sen




Salam semua...

#ProjekVan10Sen telah dilancarkan beberapa hari yang lalu dibawah AMAL PRIHATIN SABAH RESOURCES, Penyelaras Achmad @ Ds Chazy

Tujuan kewujudan Van 10 Sen adalah untuk membantu golongan sasaran untuk sampai ke Hospital/Klinik dengan hanya 10 sen dari rumah mereka (vice versa/atau sebaliknya)

Golongan Sasaran adalah seperti berikut :
OKU, Warga Emas, Ibu/ayah Tunggal yang tidak kemampuan, pelajar susah, anak yatim/piatu, miskin tegar, dan sewaktu dengannya.

Kawasan Perkhidmatan :
Kepayan, Penampang (hingga Dongongon), Putatan (Hingga Sabindo Kinarut), Bandaraya KK (Hingga Menggatal termasuk sekitar 1B, sehingga Indah Permai)

Masih ramai golongan sasaran yang memerlukan malu-malu kali untuk guna #Van10Sen,

Proses sangat mudah.
- Whatsapp 0164472994
- perkenalkan diri
- bagi detail
- tarikh ke hospital
- jam/masa
- lokasi rumah

Pada yang sudah sedia di Hospital/Klinik tapi tidak mampu balik atau tiada kenderaan untuk balik terutama yang baru lepas bersalin, mengandung, baru habis appointment luka/patah/fisio dll, pun boleh juga booking. Rm0.10 saja, kalau tidak mampu, tetap PERCUMA boleh bagi.

Inilah nikmat Tuhan yang boleh di kongsi, kudrat aset jentera, masa dan tenaga sudah jadi peruntukan bantu yang termampu kepada yang memerlukan.

Mohon rakan-rakan pasti ada orang susah di sekeliling anda. War-warkan saja, tolong dorang booking pun nda apa..itulah bantuan sebaik-baik yang anda boleh sumbangkan tidak semestinya wang ringgit. Kita hidupkan rantaian kasih sayang tanpa batas, untuk mengukir senyuman setiap yang memerlukan.

Mohon luaskan dan sebarkan info kewujudan Van 10 sen ini.

Yang ingin sumbangkan dalam bentuk kewangan boleh salurkan ke:

CIMB BANK
AMAL PRIHATIN SABAH RESOURCES
8602790791

Email : amalprihatin.sr@gmail.com

HOTLINE : 0164472994

#ProjekVan10Sen
#AmalPrihatinSabahResources
#DsChzys

NASI KAPAL KARAM

KALAU PERGI SABAH, SINGGAH SINI BAH!!!!

"VIRAL KN!! NASI KAPAL KARAM KINI MNYERANG SABAH DI RESTORAN SERI KENINGAU PUTATAN DAN INDAH PERMAI, KK. ADMIN JUGA MAU BELANJA 10 ORG YG BERTUAH RASA NI MAKANAN!!”

Adadahhhhh…dgr nama NASI KAPAL KARAM pun pelik suda kan,cam titanic pula. Jgn kamurang bimbang, hidangan ini adalah hasil cetusan idea dari seorang chef tanah air yg mengembara mnggunakan kapal layar saja. Sampai di satu pelabuhan yg terletak di Thaiand,tiba2 saja ni chef rasa mau msk ssuatu yg unik. Mslhnya ging, apa yg ada sma tu chef cuma pes tomyam jak. MATILANAK!!! Sedang dia kebingungan, dia trpandang lautan biru yg luas dan abang2 tagap sibuk kasi naik hasil tangkapan mrk. Mau tau apa yg chef tu bikin dgn pes tomyam dia? Nahhhh..muncullah idea NASI KAPAL KARAM!!!..Kami mau belanja 10 org saja ya untuk rasa sendiri keenakan NASI KAPAL KARAM ni. Mau nda? Baca dia punya syarat di bawah.

==================================
APA YG SIOK BTUL NI NASI KAPAL KARAM?
==================================

KEBANJIRAN SEAFOOD! Ni yg menariknya ku kmu mau tau dia punya hidangan penuh dengan makanan laut, mau apa? ketam,udang,siput,sotong dan ikan fresh suma berkampung di atas satu hdngn,perghhhh
Uniknya lagi, ia disertakan dgn hidangan nasi. Lagi unik arr,,dia punya nasi warna biru, bole la kmu feel2 makan nasi atas laut.
Lagi best bro n sis, kmi hidgkan ni nasi sama tomyam, ya, tomyam. Bukan sebarang hidangan busku, kmi hiding di dalam kelapa muda brsama air kelapa..punya la sadapp

Saja mau kasi tau, hidangan ini bole dimakan sampai 4 -5 orang, nahh, best bah kan mkn berjemaah,hehe. Lagi satu dan paling penting ialah segala hidangan ini adalah HALAL dan dari sumber yg suci dan bersih. Jadi kemurang jgn bimbang la yah.

Bah, tggu apa lagi, mari kita serang NASI KAPAL KARAM yg suda viral ni. Kompom puas ati 300% lepas kmu mkn msti mencari lagi tu..hee

=================================================
Alamat:
Restoran Seri Keningau Cawangan Putatan
Restoran Seri Keningau Cawangan Indah Permai, KK
No. tel:
088- 761663 (Putatan)
088- 497124 ( Indah Permai)

Facebook:
Restoran Seri Keningau HQ Sabah
>>>>> kmurang juga berpeluang dapat 5% diskaun busku di setiap hidangan NASI KAPAL KARAM, hanya dgn kmu LIKE page kmi.

=======================
SYARAT MAU JOIN CONTEST
=======================
Admin akan pilih pemenang secara random yah. Bila kami bilang STOP,nah, ngam2 ada nama fb kmu sblum tu muncul, dia lah manang..
Senang saja syarat dia nih:

1. LIKE post ni
2. Komen ‘MAU NASI KAPAL KARAM’ di post nih
3. SHARE ni post
* Psssttt..teda had kmu mo komen ya, komen saja brp bnyk ging..hehe

TEBABOMM, tunggu apa lgi, jom belanja family, kawan dan org tersayang anda ke Restoran Seri Keningau Cawangan Putatan dan Indah Permai, KK.





Wednesday, December 14, 2016

BISNES REVIEW

Assalamualaikum..beberapa hari ni sibuk sangat dengan program Jabatan akhir tahun, makan sana sini, badan pun dah banyak isi hahahhaa. Masa tulis ni pun mata mengantuk sangat,semalam habis kerja jam 12 malam... sampai rumah tak tau dah jam berapa.

Petang-petang ni rasa nak buat satu benda pula. FREE JE. Tak payah bayar. Saya buat ikhlas, tak mengharap apa-apa cuma nak tolong kawan-kawan yang ada bisnes untuk promote bisnes diorang. Saya akan promote kat :


PERSONAL IG (1418 follower)

BISNES IG (838 follower)
PERSONAL FB (1502 friends)
BISNES FB (4978 friends)

PAGE BISNES ( 18k follower)
WE CHAT BISNES (baru buka acc)

Nanti boleh bagi ayat-ayat yang kevavom untuk saya promote. 


Nama bisnes
IG bisnes
FB bisnes
kalau ada gambar nak sertakan pun boleh. (DM kat IG saya)

Mungkin saya taklah banyak follower tapi manatau rezeki anda ada dikalangan kawan-kawan saya ke... Sama-sama kita membantu ya.

Thursday, December 8, 2016

MAAFKAN AKU MAK




Masa aku di Tingkatan 5 dulu, aku pernah herdik mak aku. Aku cakap kat dia "orang tua takda otak". Aku marah dia sebab dia basuh jeans aku pakai Clorox. Habis rosak. Padahal besok tu dah nak raya. Aku bengang. Aku campak jeans tu kat muka dia.Lepas peristiwa tu, aku tak pernah minta maaf kat dia. Lastnya, mak ok macam tu je. Aku tahu, masa yang berlalu telah merawat luka dia.

Dari tahun ke tahun, aku ada life sendiri. Aku berkerjaya. Berkeluarga. Dan aku ada 2 orang anak. Tapi malangnya, kedua-dua anak aku ni amat sukar untuk aku didik. Diorang amat liar.Dan start dari aku berumur 17 tahun sehinggalah aku berumur 50 tahun, aku tak pernah rasa tenang dalam hidup aku. Hinggalah tiba satu masa, Allah ingatkan aku tentang dosa yang pernah aku buat pada Mak aku dulu. Ya. Dosa aku herdik dan campak jeans kat muka dia.

Bila aku teringat pasal tu, aku terus balik kampung jumpa Mak. Aku duduk depan dia dan aku cakap aku nak minta maaf kat dia.Mak cakap, aku tak ada buat salah kat dia. Dan aku memang tiap-tiap tahun pun minta maaf kat dia. Jadi dia pelik kenapa tiba-tiba hari tu aku datang nak minta maaf kat dia.

Aku cakap, Mak mungkin dah tak ingat orang pernah buat salah kat Mak dulu. Masa orang Tingkatan 5, orang pernah marah Mak dan campak seluar orang kat muka Mak. Orang nak minta maaf pasal tu. Maaf sangat-sangat. Masa tu aku dah mula sebak.Bila aku ceritakan hal tu, muka Mak berubah.

Tangan aku dia genggam erat dan lepas tu dia sentap kuat. Mak cakap, dia takkan lupakan perkara tu. Bahkan dia dah nekad, kalau dia mati, bila berjumpa Allah, dia akan pegang tangan aku. Dia nak cakap : "ya Allah, tangan inilah yang pernah melukakan hati aku. Sedangkan dulu, aku telah berkorban nyawa untuk melahirkan dia. Ya Allah, hukum la dia"

Bila Mak cakap macam tu, serta merta aku menangis depan dia. Aku merayu agar Mak maafkan aku. Tapi Mak tetap berkeras takkan maafkan aku. Aku sedih dan buntu. Akhirnya, aku pulang tanpa mendapat keampunan seorang ibu.

Hari demi hari, aku datang jumpa Mak. Tapi setiap kali aku datang, jawapan Mak tetap sama. Hinggalah sekali tu, aku tidur kat rumah Mak. Lepas solat Subuh, aku datang jumpa Mak. Mak masih bersimpuh di atas tikar sejadah dia dan tengah berwirid.Selesai Mak wirid, aku pegang tangan Mak. Aku cium tangan tua itu lama-lama. Aku nangis lagi depan dia. Dan masa tu, aku dapat rasakan tangan Mak lembut menyapu kepala aku. Macam membelai rambut aku ketika aku masih kecil dulu-dulu.

Bersama-sama itu, Mak cakap sesuatu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila. Mak cakap "Rahman, kalau bukan kerana kesungguhan kau datang berjumpa Mak dan minta maaf dengan Mak, Mak memang takkan maafkan kau sampai bila-bila. Tapi, hari ini, bersaksilah nak, Mak dah maafkan segala kesalahan kau sejak kau dilahirkan sehinggalah Mak akan pergi nanti". Aku angkat kepala dan aku peluk jasad Mak. Sedu-sedu aku nangis di bahu dia. Dah macam anak kecik pun ada. Aku tak kisah. Aku nangis semahunya. Aku sedih dan bersyukur sangat sebab Mak dah maafkan aku. Mak pun nangis time tu.

Dan lepas Mak maafkan aku, aku dapat rasakan satu kelegaan dan ketenangan yang amat sangat. Rasa bahagia yang tidak pernah aku rasakan sejak 50 tahun aku hidup kat muka bumi ni.Habis tu, aku balik ke rumah. Keluar je dari kereta, kedua-dua anak remajaku datang meluru mendapatkan aku. Mereka cium tangan aku dan peluk tubuh aku. Saat itu, mereka lafazkan kalimah yang aku memang tidak sangka, aku akan ada harapan untuk mendengarnya. Mereka ucapkan : "Maafkan kami ayah.
Kami banyak buat salah pada ayah".

Serentak dengan itu, aku dongak ke langit seraya berkata, benarlah apa yang NabiMu kata Ya Allah. Sesiapa yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, maka anak-anak mereka akan berbuat baik balik kepada mereka. Bersama linangan air mata, aku dakap mereka serta aku lafazkan ucapan kesyukuran yang tidak terhingga. Terima kasih Allah. Sesungguhnya, Engkaulah Tuhan sebaik-baik Perencana.

-Tuan-tuan dan Puan-puan, bila memohon ampun dengan ibu bapa, ingatlah kembali kesalahan yang pernah kita lakukan pada mereka. Kita tidak boleh meminta maaf secara umum je pada mereka, tapi kita kena sebut setiap kesalahan khusus yang pernah kita lakukan terhadap mereka. Sekali mereka terasa, dan mereka simpan serta tidak memaafkan kita, nescaya Syurga Allah tak halal buat kita. Nauzubillahiminzalik - Karyawan Bisu

P/S: sila share jika rasa artikel ni sgt2 berharga

https://www.youtube.com/watch?v=hjhDGntoRro

DIA ADALAH KITA


Harini datang Hospital Besar Sg Petani.Mahu ziarah isteri Fuzi Wani dan anak kami yang masih ditahan di ward. Isteri saya masih belum dibenarkan keluar kerana berlaku pendarahan yang banyak ketika berhempas pulas melahirkan anak semalam.

Tapi bukan itu carita yang mahu saya khabarkan.

Tepat, di hadapan katil si isteri , ada pesakit lain.Berkulit lebih gelap, saya sangkakan india, tapi dari segi bahasa yang dibualkan, nyata itu bukan bahasa tamil.

1.50pm, doktor pakar datang ke katil mereka.Saya mencuri dengar perbualan.Si suami cuba menerangkan dalam bahasa melayu yang tidak fasih.Tergagap gagap.

Rupanya, mereka ini warga asing.Telah 10tahun bekerja di Malaysia.

Warga Myammar.Muslim rohingya.Agama kita.

Selesai urusan dengan doktor, terasa hati untuk saya menghampiri.

Bersalam dan bertanya khabar.

Namanya Muhammad Abrar.Abrar menceritakan isterinya telah bersalin pada 6hb 12.Dikurniakan zuriat lelaki, sihat dan sangat comel kemerahan.2.29kg.
Dalam kegembiraan menyambut putera pertama di dunia, Tuhan datangkan sekali ujian bersama.

Tiada siapa pinta tiada siapa menduga,  usai melahirkan, isterinya menjadi kabur mata pada 7hb dan hari ini 8hb disember, isterinya tidak dapat melihat apa apa.Ini bukan persoalan siapa dia tapi lebih besar, bagaimana kita mahu membantu mereka

Nak dikatakan buta takut takut keterlaluan pula.Tapi itulah kondisinya sekarang.

Mata terbuka tapi hanya kegelapan yang ada.Doktor juga tidak tahu mengapa dan apa punca.

Cuma, pemeriksaan telah dibuat semalam (7hb), CT SCAN menelan belanja RM 916.Kos bersalin Rm2200.Abrar merayu agar bayaran dibuat secara ansuran.

Maklum sahaja mereka hanya bekerja sebagai pemotong rumput.Gaji kurang 1000 sebulan katanya.

Harini, doktor memaklumkan mereka mahu menjalankan ujian MRI, tapi perlukan kos perubatan sebanyak rm4000+-.

Abrar jujur mengatakan, dia tiada wang sebanyak itu.

Jadi, saya berjumpa dengan doktor bertugas dan bertanya.Ya, doktor mengesahkan hal itu.Pihak hospital hanya akan jalankan ujian MRI jika abrar mampu untuk memberi jaminan bayaran.

Doktor ada mengatakan, berdasarkan ujian ct scan, kelihatan ada sesuatu di bahagian belakang otak Toyuba Katu Bt Dil Muhammad (isteri abrar).Tetapi mereka tidak tahu apa.Sebab itu ujian MRI perlu dilakukan segela.

Saya menarik hela nafas yang panjang.Tanpa disangka air mata mula membasahi.Nekad untuk membantu.

Buat rakan rakan yang mengenali saya didunia nyata mahupun dunia maya, saya menyeru.Marilah kita membantu abrar dan isterinya.

Saya bersumpah saya tidak akan menyeleweng sumbangan anda.

Kos yang terlibat :
Bersalin : 2200
Ct scan : 916
MRI : 4000 +-
Kos ubatan lain : belum tahu.

Jika kita sumbangkan seorang sedikit rm30 , 200 orang rm6000.Ini belum termasuk kos kos belian barang anak kecil.

Mungkin 30 sedikit buat kita, tapi saya percaya ia besar buat abrar dan isteri.

Inilah masanya rakan rakan sekalian, kita bantu abrar.Dia muslim rohigya, dia saudara kita.Ini tanggungjawab kita bersama.Dia adalah kita, dan kita adalah dia.

Marilah sama sama kita tanam benih benih saham untuk kita ske syurga kelak.

Kepada yang mahu membantu, terus gunakan maklumat berikut.

MAYBANK
FAIZ SUKSES ENTERPRISE
564799121663

Jika anda tak percayakan saya, boleh terus hubungi saya :

Faiz : 013 2057397

Kpd yang menyumbang, tolong WHATSAPP nama dan jumlah sumbangan, saya akan serahkan sendiri kepada abrar.

1 lagi bantuan, mohon LIKE , KOMEN DAN SHARE status ini agar lebih ramai yang dapat membantu dan menyemai benih benih saham ke syurga.

Jika bukan kita siapa lagi?
Jika bukan hari ini bila lagi?

C&p dari facebook En. MOhd Faiz. Boleh search Fb beliau ya. Sama-sama kita membantu, harini mungkin hari dia, esok lusa mungkin hari kita....

Sebarkan......


PELUANG MEMBUKA SPA SENDIRI

Assalamualaikum,
Nak share satu event yang best ni untuk akak-akak yang suka kecantikan rugi tak join tau.

Siapa yang ada cita-cita nak buka SPA ? Ini peluang anda. Dengan modal yang sangat minimum anda dah boleh buka SPA ANDA SENDIRI

Atas permintaan ramai, MEGA MASTERY BEAUTY CLASS (MMBC - Vol.2) kini kembali lagi untuk memberi PELUANG PERNIAGAAN kepada yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada TEAM SPA OWNER MALAYSIA !!!

Kenapa  mesti join mobile facial francais???

- training disediakan (personal & group coaching)
- modal yang sangat minimum
- product francais yang berkualiti
- sijil certified beautican diiktiraf diseluruh negara asia
- tiada risiko
- modal perniagaan disediakan kepada yang layak
- pendapatan sehari rm500 keatas

YANG PALING BEST ANDA AKAN DAPAT 
Doorgift
Lucky draw
Lunch percuma

Tarikh : 11 Disember 2016 (ahad)
Tempat : Crown Hall Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
Masa : 11 pagi - 5 petang

So siapa-siapa yang berminat tu jom cepat-cepat whatsapp nombor kat bawah tu ye. YURAN RM20 je tau. Memang tak rugi join event ni, dapat banyak peluang dan boleh ambil pengalaman.

Whatsapp UNTUK BOOKING. 019-2855199
Tempat adalah TERHAD

Lebih500 PESERTA DARI SELURUH PELUSUK NEGERI AKAN MEMBANJIRI CROWN HALL UNTUK MENGETAHUI DAN BELAJAR ILMU KECANTIKAN LUAR & DALAM DARI SPEAKER HEBAT