Nuffnang

Giveaway

Thursday, October 30, 2014

Anak kecil itu tidak bersalah

Assalamualaikum
Hari ini, masa ini dan saat ini, banyak kejadian yang berlaku terhadap
 anak-anak dibawah  pusat jagaan kanak-kanak.
 Tidak dapat digambarkan keperitan dan kesakitan
 anak-anak kecil yang diperlakukan sedemikian. 
Apalah yang anak kecil itu tahu bila diperlakukan sedemikian?

Sepatutnya kita sebagai orang yang dewasa
patut tahu dan sedar apa yang kita lakukan.
 Ibu bapa menghantar anak mereka dengan 
bertawakkal agar kita yang diamanahkan ini 
menjaga kesayangan mereka dengan baik. 
Tapi tahukah kamu betapa hancur luluhnya hati seorang ibu dan ayah
 bila anak mereka diperlakukan sedemikian? 
Diseksa tanpa dapat mempertahankan diri, 
tanpa dapat meminta pertolongan, 
tanpa dapat belas ihsan daripada sipelaku.
Tahukah kamu bahawa anak kecil itu sedang merasa kesakitan yang amat?!

Cuba kamu lakukan sendiri dirumah.
Ambillah sebatang jarum dan cucuklah pada ibu jari tanganmu. 
Apa yang kamu rasakan?
sakit bukan?
sakit walaupun jarum ini hanya sekecil benda.
Apatah lagi anak-anak yang diseksa
disuap makanan ke dalam mulut secara paksa.
diikat tangan dan kaki secara meniarap
Cuba kamu lakukan dirumah,
rendamkan diri kamu kedalam kolam.
Apa yang kamu rasakan?
Sesak bukan?
Begitulah apa yang anak kecil itu rasakan. 
Sesak ketika dipaksa untuk makan dan diikat sebegitu rupa.
Dimana sifat keibuan kita? kemanusiaan kita?

Saya banyak melihat kejadian-kejadian yang Allah tunjukkan pada kita. 
Perbezaan antara manusia dan binatang.
Kita ni manusia, makhluk yang paling bertuah kerana diberikan akal fikiran dan perasaan untuk mengawal segala perbuatan kita. Tapi kenapa kita terlalu bodoh untuk menilai apa yang baik dan buruk segala perbuatan kita?

Binatang pun sayangkan anaknya.
Tapi manusia???
Sewenang-wenangnya menyeksa anak-anak kecil.
Bukan anak dia pula tu.
Anak orang! Anak orang......
Ya mungkin dia belum punya anak.
Tapi esok hari sedarkah dia, bahawa dia akan berkahwin dan mempunyai anak?
Esok hari bila anak sendiri diperlakukan sedemikian apa perasaan kamu?
Sedih? marah? seksa? benci? pilu? dan lain-lain perasaan yang tidak dapat diungkap kan.
Tapi bila sudah kamu sedar bahawa kamu pernah berbuat begitu pada anak orang lain suatu masa dahulu, mungkin sudah terlambat! sudah terlambat untuk kamu memperbaiki segala kesilapan dulu. 

Hari ini ramai orang cakap "takpala esok-esok anak dia pula yang akan dibuat begitu". JANGAN! JANGAN MENDOAKAN SEBEGINI. Sebab itu bukan salah anak. Tapi salah orang tua yang tak ada akal! Kesian anak-anak jadi mangsa dek kerana perbuatan ibu nya dahulu yang pernah menyeksa anak orang lain, dia pula yang mendapat pembalasannya. Tidak adil bukan? yang patut dihukum adalah orang tua. Bukan anak kecil. 
Berdoalah agar sipelaku lah yang patut dihukum, bukan anaknya kelak. Jangan kerana kesilapan kita, anak kita yang menerima hukumannya. Kita bukan ibu bapa yang sempurna, tapi janganlah kita menjadikan ketidaksempurnaan itu satu alasan untuk kita melakukan kesilapan. 

Anak anugerah Allah yang tiada nilai gantinya.
Berbahagialah bersama anak.
Kerana dialah yang akan mendoakan kita kelak bila kita sudah tiada.

Monday, October 27, 2014

Netball

Assalamualaikum
siapa suka sukan netball? Angkat tangan hehe
Sorry tau disebabkan kesukaan dan kegilaan inilah yang membuatkan saya lama tak update blog.

NETBALL! NETBALL! NETBALL!


Dari sekolah rendah sampailah da bekerja memang minat gilalah dengan Bola Jaring ni.
Dulu perempuan ja boleh main, sekarang lelaki pun boleh tau! Bukan lelaki yang lembut tu, lelaki yang macho pun main wooo...hehe 
Kalau bola perempuan pun boleh main, kenapa tidak bola jaring kan kan...

Posisi saya kalau bukan GA/GS
Bab-bab jaring bola ni la paling best.
Siap kena panggil sharpshooter
tapi pandai angin-angin tu yang bikin hangin!!!! haha

Kalau angin bayu datang, dekat garisan D pun boleh shoot punya. Tapi bila dah angin kus-kus datang tiang depan mata pun, bola tak masuk-masuk ahaha. Lumrahlah kan, kita hanya manusia biasa. Bukan setiap masa boleh buat benda yang sama pun. hikhikhik (nyedapkan hati je ni)

Jomlah share siapa yang suka sangat dengan Netball ni.
manalah tau kat sini ada players negeri ko... hehe

bolehlah buat friendlymatch hahaha :p







Tuesday, October 7, 2014

Jadilah seperti Pohon

Assalamualaikum kengkawan
rasanya masih sempat untuk saya ucapkan Salam Aidiladha  kepada semua umat islam sedunia.

Harini bila buka blog terus rasa mcm ek?? sedihnya ada orang tuduh tanpa usul periksa. Tapi takpa renungkan kata-kata ini


Kita ni kalau bab kesalahan orang cepat ja kita cari salah orang kan. Tapi bila bab kebaikan ada saja yang hendak di dengkikan.

Untuk orang yang terus-terus terjah menerjah tu saya nasihatkan selidik dulu daripada mana dapat gambar tu dan adakah gambar tu mempunyai kebenaran daripada supplier atau pun tidak. Kalau tak ada kebenaran bolehlah repot polis ke, askar ke bomba ke. Tapi kalau peniaga tu ada kebenaran daripada supplier kan ke jatuh FITNAH namanya tu. 

Saya ni pun tahu juga halal haram. Saya bisnes dah lama, tahu banyak liku-liku perniagaan ni. Janganlah main tuduh je kalau tak tahu. Saya ambil semua gambar tu pun atas kebenaran suplier. Kalau tak percaya tanya pada supplier. Saya ni agen dia, bukan pencuri!
Nasib dah buang whatsapp kebenaran dari supplier tu, kalau tak saya bagi tengok kat sini.

Tapi tak apalah, saya dah bagitau dah supplier tu ada orang jenis macam tu. Semoga lepas ni tenang hatilah ya sebab menuduh, memfitnah orang. Mungkin esok lusa kat akhirat awak merangkak mencari orang yg awak tuduh tu. Sekian terima kasih!

Ya Allah dugaan datang lagi. Alhamdulillah aku di uji dan aku tahu Allah sayang aku.

Mood : Hampa