Nuffnang

Giveaway

Thursday, January 30, 2014

Felixia Yeap

Assalamualaikum semua
Lately busy buat blog bisnes, Page FB Bisnes dan Instagram Bisnes dan seangkatan dengannya hehe
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Tinggal nak photoshoot untuk koleksi-koleksi je lagi.
Boleh lagi ka ni jadi model tudung Sdn Bhd? hahaha
Tua tak tua da mek oiii....
Siapa mahu jadi model saya angkat tangan!!!
hehehe....

Oh ya sebelum tu saya nak INVITE kawan-kawan semua untuk 
FOLLOW 
FB, INSTA, DAN BLOG 
bisnes saya. Follow tau...dan nanti belilah sekali huahuahuahua...

 Mohon Likes Saya

INSTAGRAM - AHijabStory


SEMUA WAJIB FOLLOW YA :P

Oh ya entry kali ni adalah berkenaan dengan Felixia Yeap. 
Seorang model Ex Playboy Bunny.
Siapa tak kenal dia kan, yang dulu seksi yang amat dan sekarang sangatlah ALHAMDULILLAH atas perubahan yang sungguh baik.

Siapa sangka dan tiada siapa menduga bahawa Felixia berubah sedikit demi sedikit dan belajar sedikit demi sedikit berkaitan dengan Agama Islam. Syukur Alhamdulillah semuanya atas izin Allah S.W.T tiada siapa lagi yang mampu merubah sesuatu keadaan melainkan Allah Yang Maha Kuasa.


COMEL TAK DIA????
Sooooooooooooooooo beauty ciptaan Allah ni.
Im Proud for her.

Felixia Yeap semoga awak kuat menghadapi cemuhan dan kritikan orang lain pada kamu. 
Anggaplah semua itu dugaan dan cabaran buat kamu.
Semuanya memerlukan pengorbanan yang besar.
Tapi saya sangat kagum melihat semangat kamu untuk tetap meneruskan niat baik kamu.
Semoga kamu dipermudahkan dan diberi Hidayah daripada Allah S.W.T.

Kawan-kawan apa pun bangsa kita, marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik buat Felixia Yeap. 
Go girl Go girl you can do it!!!!

ni blog felexia yeap ya :)

Monday, January 27, 2014

Bussiness Holiday

Assalamualaikum Bloggers..
Sihat dak??? Takmo sakit-sakit naa...
eh napa pula jadi org utara ni hahaha...
 saja ja cakap banyak-banyak bahasa. Boleh kan boleh kan hihihi
ampun maaf dipinta kalau salah cakap :p kang marah org utara hehe

Bussiness Holiday
Ni hah mahu cerita sikit pasal tajuk diatas ni. Haritu pergi KL sambil-sambil cari stock tudung sambil tu jugalah saya ber holiday hehee..
Sikit masa lagi saya akan start balik Bussiness Tudung Online.
Korang jangan tak beli pulak.. kang takmo kawan haha
gurau ja gurau ja jangan marah naaa

Kali ni saya start dengan jual 
SHAWL, BAWAL, INNER SILANG CT, dan RANTAI
Excited dah ni nak menjual hehee....
Tapi rehat dulu..rasa perjalanan kali ni macam penat la pulak,...
Oh dulu bujang lagi masih kuat, sekarang dah penat angkat akim yang 11kg tu tenaga pon dah kureng wahahha... 
tua sudah bah -_-

Okay takmo tulis panjang-panjang lagi sebabnya mata sedang sakit
0-0 lupa nak pakai hewhewhew

Jaga-jaga saya mahu share gambar ni hahaha
well uolls know me kan kan hewhewhew


Ni semua kawan-kawan Office lama dekat 
Kementerian Kerja Raya KL


Hah siapa tinggal area banting wajib datang sini.
Ni kedai mak angkat kita. Tu Ownernya ..
SATE kat sini memang super duper marvellos..
Sedap uollss.... besar-besar lagi
JOM KE GERAI AYONG'S


Nilai-KL Sentral-Jalan TAR


SUPER DUPER FAVOURITE SOUP!!!
SUP MELETOP 24HOUR !!!
Siapa pernah makan disini? angkat kaki boleh jalan kesana kekekeke
Sedap sangat. Dulu masa tinggal sana hari-hari p sana. Pastu makan 2 mangkuk bhahahha...
Kuat Makanggggg!!!


Sempat menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan kawan
di Keramat..Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar :)
Tahniah E :)


HOTEL K Jalan TAR
yang ni hotel tempat kita orang menginap
berhadapan dengan Jalan TAR 
senang mau shopping
Rate : RM150 Queen size hekhekhek Promote lah pulok
Suka tinggal disini sebab dibawah ada TUTTI FRUITTI !!!


KL-SABAH


Tim Osman
hah yang ni lah BFF saya masa di KL.
Terima Kasih Timmy kekekekke





Wednesday, January 22, 2014

Biar Gambar Berbicara

Assalamualaikum bloggers
Ok harini saya cuma mahu post gambar sahaja tau..
Belum ada idea mau tulis entry hehe...

Lucu-lucu bah hehe


 wanita selalu menghargai apa yang lelaki buat 
walaupun hanya sekadar membuka penutup botol hikhikhik
Betui daKKKK????


Ni suami mithali sangat ni haha


Genius!
STOP Imagine
Tapi kalau keadaan betul, ntah macamana kan kan


Kreatif dan menjimatkan


Okay yang ni BIKIN PANAS!
Sapa pernah ???
gggrrrrrr


Hahaha
idea yang bijak
hati-hati kaum perempuan
Lelaki memang mulut manis


haha
ayam pun pandai fikir
sebenarnya nak lari la tewwww


OKAY! yang LAST ni bahaya..
Saya pun tak berani suruh orang masuk rumah hantar GAS
tunggu husband ada barulah beli gas
kenapalah tak masak beberapa hari hahaha


Tuesday, January 21, 2014

Jangan Upload Gambar Bayi

Assalamualaikum.. hah entry yang kedua pada hari ni jeng jeng jeng..
Dulu saya selalu berfikir boleh ka upload gambar baby, anak  untuk tatapan umum. Yalah manalah tahu tak boleh ka kan kan

Akhirnya saya dapat juga jawapannya..
Tapi sudah terlambat sebab Akim dah berumur 1 Tahun 1 Bulan.
InshaAllah anak kedua nanti tak mahu buat lagi!!


Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal.

2 permasalahan fizikal melibatkan antibodi dan sawan. 2 permasalahan ini akan sang faqir huraikan dalam posting yang akan datang.

Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.

Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.

Sang faqir garis tebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan.

Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya:
"Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). "

Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.

Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).

Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.

Terdapat dua jenis ain, iaitu : 
ain insi (‘ain berunsur manusia) dan
‘ain jinni (‘ain berunsur jin).

Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya.

Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi?

Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik.

Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le)

Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.

Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.
Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)
Bersabit dengan hadith :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ
Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia.
(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).

Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku:
Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).

Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.

Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.

Wassalam.
SUMBER : Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus

p/s : saya cuma copy dan paste ya sebab nanti kalau saya menghuraikan takut ada ayat-ayat yang salah. kan tak baik tu buat org keliru dan menyampaikan ilmu yang salah ehhe..

Isu Double Stemcell

Assalamualaikum bloggers dan selamat pagi :)
Hari ni cepat ja jari nak update entry. 
Sebabnya semalam husband suruh baca PAGE JAKIM dekat FB berkenaan
 "Double Stemcell" by Phytoscience

Jeng jeng jeng
Jom baca sendiri supaya tidak ada kekeliruan, keburukkan dan sebagainya. 
Kang nanti orang cakap saya pandai-pandai la pulok...


Saya bukan nak jatuhkan or nak dengki-dengki tau
saya cuma share benda yang seharusnya saya share. Untuk kebaikan juga kan.
Benda yang kita makan ni kalau tak halal bila campur dalam darah daging kita kan tak baik tu.
Nanti boleh minta JAKIM cekkan produk tu halal ke tidak.
Sekarang ni STOP la dulu pakai STEMCELL takut betul-betul tak halal....

SO SHARING IS CARING

Monday, January 20, 2014

Terima Kasih

Assalamualaikum Bloggers
Pertama kali saya nak ucapkan TERIMA KASIH  banyak-banyak kepada semua bloggers. 
Ramai bagi feedback yang menaikkan kembali semangat saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas budi baik kalian semua Amin.
InshaAllah semoga saya dapat mengembalikan semangat saya dalam dunia perniagaan atas talian hehehe.. Amin..


Kalau macam tu setiap rakan-rakan bloggers saya akan dapat Harga Special bila Shopping di Kedai Online saya nanti hehe.. InshaAllah.

Ok saya nak buat research ni.
Boleh kan Boleh kan hehe

Soalan Pertama

Sekarang ni yang korang tengok orang suka pakai apa?
SHAWL, BAWAL, atau TUDUNG EKSPRESS ??

Soalan Kedua

Kalau saya jual baju ok tak? saya kira nak custome made. dan saya kira nak jual rantai macam ni ok tak? suka tak?


Soalan Ketiga

Perlu tak saya buat BLOG BISNES atau saya guna blog sedia ada? 
(rasa mcm tak best pula klu campur kan kan) 
dan
Siapa pandai buat BLOG BISNES? (saya bayar upah)

Soalan Keempat

Siapa boleh tolong tambah soalan saya?
hehehehhehehehehehe....

Saya ni bukan tak pernah buat online, cuma saya rasa kegagalan saya tu puncanya saya tak reti macamana nak handle bisnes. Yelah saya belajar pun tak tinggi. Maths pun setakat lulus je masa SPM haritu. Pastu tak reti mcmana nak kira harga, untung segala tu..
Mohon tunjuk ajar dari orang yang bijaksana .... hehe

Mohon pendapat kawan-kawan ya
PLEASE.......

Oh ya khamis sampai ahad ni saya kat KL sapa-sapa yang nak jumpa ke jomlah jomlah hehe
bukan selalu dapat jumpa kan kan

Friday, January 17, 2014

Berjayakah Aku??

Assalamualaikum bloggers dan Salam Jumaat :)
Ermmm semalam kan husband  bagi semangat untuk  start balik bisnes online yang hampir setahun saya tinggalkan :( 
Tapi mampukah saya berjaya macam dulu lagi?
saya ni jenis yang cepat down..arghhhh!!! malaslah..... 
Semangat tolonglah datang semula kepadaku... 
Husband siap bagi modal lak tu, tapi saya rasa tak bersemangat.. Takut gagal lagi dan lagi..

Kawan-kawan rasa macamana ya? 
perlukah saya kembali bangkit atau membiarkan peluang begitu sahaja?
Bukan apa dulu saya dah pernah gagal, 
so sekarang saya tak mahu buang duit lagi untuk gagal lagi lagi dan lagi :(
Please Help Me Allah :(

Sekarang ni dah banyak orang buat bisnes online kan kan.. 
Saingan memang sangat ramai
sekarang ni sampai dah tak tahu nak buat bisnes apa
tapi saya memang suka bisnes
suka bisnes tudung dan pakaian
Cuma saya tak mahu benda-benda yang ketinggalan zaman...

Mohon pendapat kengkawan Bloggers semua ya
Terima Kasih
Sayang semua
Feeling artis la pulok hihihik




Monday, January 13, 2014

Salam Maulidur Rasul


Assalamualaikum Bloggers tersayang semua :)
Harini baru dapat update blog hehe...
Ada kenduri rumah mertua so bz la kiranya hehe...
Oh ya sebelum esok menjelma izinkan saya mengucapkan 
SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA UMAT ISLAM
semoga Sunnahnya akan kita jadikan panduan dalam meneruskan hidup didunia ini , Amin InshaAllah :)

Sabda Rasulullah S.A.W
 "sesiapa yang berselawat kepada ku sekali, maka Allah akan selawat 
kepadanya 10 kali"
Riwayat Muslim.

Oh ya bagi yang berada di Sabah Jom dengar ceramah Ustaz Kazim Elias. Saya kalau dengar ustaz ni berceramah memang ketawa yang amat dasyat lah hahaha~ opsss terlebih sudah ehehe


Dan yang berada dekat dengan Masjid Jamek Kg, Bharu tu bolehlah pergi malam ni.
Isikan masa kita dengan ilmu agama, semoga kita mendapat berkah dari Yang Maha Esa.
Dengar ceramah pon boleh dapat pahala tau tau :)


Iklan sebentar bersama gelagat Akim c Gondot hehe


Jumpa Entry akan datang :)



Tuesday, January 7, 2014

Segmen Jom Terjah !!!

Assalamualaikum bloggers

Sihat Tak ???? Harap-harap semua sihat ya, takmo sakit-sakit :(
Beberapa hari ni saya sangat sibuk untuk menghadirkan diri didalam blog ni hehehe
oleh itu hari ni saya nak buat "Segmen Jom Terjah"

Hah terjah siapa tu? Nas Ahmad ka? Melodi tv3 ka? mazidul akmal sidek ka?
yang pastinya bukan mereka hihihi huhuhu... 

Okay takmo cerita panjang nanti orang bosan sebab saya x reti sangat nak menulis bagai ni haha.
 Okey senang ja segmen ni, tak payah nak lumba lari 100 meter pon
Kita cuma perlu ikut beberapa perkara yang saya nyatakan dibawah ni ya

Tinggalkan jejak (Link Blog)
Pastu bagitahu nak minta FOLLOW ka, ISI TABUNG NUFFNANG ka FB ka INSTAGRAM ka, ATAU lain-lain hal yang tidak melanggar undang-undang hehehe. 

Contoh :
Nak minta follow dan isi tabung ye, jangan kedekut tawwww kkekekkee

Faham dok? tak faham lagi tatau la hehehe

MOTIF BUAT BEGINI?
Okey kalau ada yang cakap segmen ni merapu ka, apa ka, toksah ikut, sebab tak ada paksaan pon hehe. Saya buat macam ni sebab ramai yang dok tinggal message dalam box chat tu tapi saya ni almaklumlah busy yang dibuat-buat sampai tak terbalas chat-chat bloggers semua. Kan tak best tu org dah follow or isi tabung kita, tapi kita tak balas. Kita kan kawan, kawan kena tolong kawan kan kan kan :)

So begitulah kesudahannya. So apa lagi 
"JOMMMMMMM TERJAHHHHHH"


p/s : Pertama sekali saya nak umumkan pemenang-pemenang GA yang masih belum dapat hadiah daripada saya mohon msg saya ya, nombor telefon 0138844330. Saya akan pos kalau semua dah tuntut dgn saya. Sebab haritu mg dah hantar cuma ada yang tak sampai dan dikembalikan semula kepada saya. Tak tahulah sebab apa. So ni last call tau hehe. Siapa-siapa yang tak tuntut selepas 30 januari saya kira dah tutup ya. Kak Fuza dan ada sorang tu dah lupa da namanya dah tuntut hadiah.

Thursday, January 2, 2014

New Year 2014

Assalamualaikum bloggers
Rasanya masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan 
selamat tahun baru buat semua rakan-rakan bloggers :)

Sambut tahun baru tak?
hehe mesti ada yang sambut dengan family, dengan kawan-kawan dan saudara mara kan kan..
Saya sambut dalam mimpi hahaha
Seronoknya tidur huahuahua :p

Melangkah alam baru ni, perkara yang orang akan tanya
APA AZAM BARU?
kannnnnn.... hehe

SO apa AZAM BARU anda semua?

JOM SHARE & DO IT

::: Azam Baru Saya ::::

1 ~ Berhenti shopping macam orang gila
(sebelum ni kalau pg shopping mcm tak ingat diri tu anak datuk matuk ka atau golongan biasa hikhikhik)

Okay sebenarnya kalau ikut banyak lagi. Tapi rasanya yang ni paling serius nak buat hehehe

So doakan saya berjaya tau. Saya pun akan doakan anda berjaya. Sama-samala kita berjaya dalam mencapai azam kita. Amin