Nuffnang

Giveaway

Thursday, November 20, 2014

Kisah 30 Sen

KISAH RM0.30 YANG MENYENTUH HATI SAYA .... 
Cikgu : Kenapa Amin tak rehat? 
Amin: Mak saya beri 30sen sehari Cikgu ... kat kantin 30sen ni dpt beli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli karipap satu jaa . 

Jadi saya kumpul duit hari ni utk mkn hari esok , dpt la saya mkn karipap ngan air sirap 30sen.
Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Amin tertunduk malu) 
Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2014 ini masih juga ada pelajar yg membawa 30sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 30sen itu jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 30sen sgt besar ertinya .. 
Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya ? Amin: Oh .. hari jumaat duit 30sen ni saya sdekah masa bacaan yasiin , cikgu." jwb Amin dgn bersahaja. 
"Mak saya kata kalau kita sdekah, rezeki kita akan bertambah.." 
Mata saya dah berkaca... saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada 30sen, siap boleh sedekah pulak lg.. 
Ya Allah, limpahkan lah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semuga mereka tidak lagi berada didlm kemiskinan.
Huh, mcm terpukul sungguh saya, bayangkn duit 30sen yg d beri utk makan, dia sedekahkan 30sen utk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin..
‪#‎SHARE‬ lah eh. .mungkin cerita nie nampak simple tapi ia memberi 1000 pengajaran agar kita semua lebihkan bersedekah ....

‪#‎subahanallah‬ .. Tengok betapa mulianya hati seorang pelajar ni ... mulia dan bijak berbelanja lak tu .....
Terharu dan merasa bangga jugak.

JustUnfollow

Assalamualaikum 
Sakit jiwa tidak, kalau orang request follow dalam instagram atau twitter kita, lepas tu bila kita dah approve , tup-tup dia dah unfollow balik? Entah-entah STALKER! kan kan siapa tahu kan...

Hahhhh.... 

ni ada satu Apps yang mana kita boleh tahu siapa UNFOLLOW kita. Bukan tu ja tau, kita juga boleh tahu siapa admirers kita hehehe...

So apa lagi pegilah download Apps ni dekat Application Store korang! 






Kawan atau Lawan

Assalamualaikum bloggers
Dalam hidup kita seharian, ramai sangat orang yang datang dan pergi samada yang betul-betul boleh jadi kawan atau sebaliknya.
Apa perasaan korang bila orang yang rapat dengan kita, makan bersama, kerja bersama, berbual bersama tiba-tiba dia mengata perkara yang buruk tentang kita? Lebih-lebih lagi perkara yang dia cakap tu tidak benar.
Sedih, marah, kecewa, tidak percaya, binggung, semua bermain difikiran kitakan.

Apa TINDAKAN korang bila ada kawan yang macam ni? Cer bagi tips sikit hehe


Thursday, October 30, 2014

Anak kecil itu tidak bersalah

Assalamualaikum
Hari ini, masa ini dan saat ini, banyak kejadian yang berlaku terhadap
 anak-anak dibawah  pusat jagaan kanak-kanak.
 Tidak dapat digambarkan keperitan dan kesakitan
 anak-anak kecil yang diperlakukan sedemikian. 
Apalah yang anak kecil itu tahu bila diperlakukan sedemikian?

Sepatutnya kita sebagai orang yang dewasa
patut tahu dan sedar apa yang kita lakukan.
 Ibu bapa menghantar anak mereka dengan 
bertawakkal agar kita yang diamanahkan ini 
menjaga kesayangan mereka dengan baik. 
Tapi tahukah kamu betapa hancur luluhnya hati seorang ibu dan ayah
 bila anak mereka diperlakukan sedemikian? 
Diseksa tanpa dapat mempertahankan diri, 
tanpa dapat meminta pertolongan, 
tanpa dapat belas ihsan daripada sipelaku.
Tahukah kamu bahawa anak kecil itu sedang merasa kesakitan yang amat?!

Cuba kamu lakukan sendiri dirumah.
Ambillah sebatang jarum dan cucuklah pada ibu jari tanganmu. 
Apa yang kamu rasakan?
sakit bukan?
sakit walaupun jarum ini hanya sekecil benda.
Apatah lagi anak-anak yang diseksa
disuap makanan ke dalam mulut secara paksa.
diikat tangan dan kaki secara meniarap
Cuba kamu lakukan dirumah,
rendamkan diri kamu kedalam kolam.
Apa yang kamu rasakan?
Sesak bukan?
Begitulah apa yang anak kecil itu rasakan. 
Sesak ketika dipaksa untuk makan dan diikat sebegitu rupa.
Dimana sifat keibuan kita? kemanusiaan kita?

Saya banyak melihat kejadian-kejadian yang Allah tunjukkan pada kita. 
Perbezaan antara manusia dan binatang.
Kita ni manusia, makhluk yang paling bertuah kerana diberikan akal fikiran dan perasaan untuk mengawal segala perbuatan kita. Tapi kenapa kita terlalu bodoh untuk menilai apa yang baik dan buruk segala perbuatan kita?

Binatang pun sayangkan anaknya.
Tapi manusia???
Sewenang-wenangnya menyeksa anak-anak kecil.
Bukan anak dia pula tu.
Anak orang! Anak orang......
Ya mungkin dia belum punya anak.
Tapi esok hari sedarkah dia, bahawa dia akan berkahwin dan mempunyai anak?
Esok hari bila anak sendiri diperlakukan sedemikian apa perasaan kamu?
Sedih? marah? seksa? benci? pilu? dan lain-lain perasaan yang tidak dapat diungkap kan.
Tapi bila sudah kamu sedar bahawa kamu pernah berbuat begitu pada anak orang lain suatu masa dahulu, mungkin sudah terlambat! sudah terlambat untuk kamu memperbaiki segala kesilapan dulu. 

Hari ini ramai orang cakap "takpala esok-esok anak dia pula yang akan dibuat begitu". JANGAN! JANGAN MENDOAKAN SEBEGINI. Sebab itu bukan salah anak. Tapi salah orang tua yang tak ada akal! Kesian anak-anak jadi mangsa dek kerana perbuatan ibu nya dahulu yang pernah menyeksa anak orang lain, dia pula yang mendapat pembalasannya. Tidak adil bukan? yang patut dihukum adalah orang tua. Bukan anak kecil. 
Berdoalah agar sipelaku lah yang patut dihukum, bukan anaknya kelak. Jangan kerana kesilapan kita, anak kita yang menerima hukumannya. Kita bukan ibu bapa yang sempurna, tapi janganlah kita menjadikan ketidaksempurnaan itu satu alasan untuk kita melakukan kesilapan. 

Anak anugerah Allah yang tiada nilai gantinya.
Berbahagialah bersama anak.
Kerana dialah yang akan mendoakan kita kelak bila kita sudah tiada.

Monday, October 27, 2014

Netball

Assalamualaikum
siapa suka sukan netball? Angkat tangan hehe
Sorry tau disebabkan kesukaan dan kegilaan inilah yang membuatkan saya lama tak update blog.

NETBALL! NETBALL! NETBALL!


Dari sekolah rendah sampailah da bekerja memang minat gilalah dengan Bola Jaring ni.
Dulu perempuan ja boleh main, sekarang lelaki pun boleh tau! Bukan lelaki yang lembut tu, lelaki yang macho pun main wooo...hehe 
Kalau bola perempuan pun boleh main, kenapa tidak bola jaring kan kan...

Posisi saya kalau bukan GA/GS
Bab-bab jaring bola ni la paling best.
Siap kena panggil sharpshooter
tapi pandai angin-angin tu yang bikin hangin!!!! haha

Kalau angin bayu datang, dekat garisan D pun boleh shoot punya. Tapi bila dah angin kus-kus datang tiang depan mata pun, bola tak masuk-masuk ahaha. Lumrahlah kan, kita hanya manusia biasa. Bukan setiap masa boleh buat benda yang sama pun. hikhikhik (nyedapkan hati je ni)

Jomlah share siapa yang suka sangat dengan Netball ni.
manalah tau kat sini ada players negeri ko... hehe

bolehlah buat friendlymatch hahaha :p







Tuesday, October 7, 2014

Jadilah seperti Pohon

Assalamualaikum kengkawan
rasanya masih sempat untuk saya ucapkan Salam Aidiladha  kepada semua umat islam sedunia.

Harini bila buka blog terus rasa mcm ek?? sedihnya ada orang tuduh tanpa usul periksa. Tapi takpa renungkan kata-kata ini


Kita ni kalau bab kesalahan orang cepat ja kita cari salah orang kan. Tapi bila bab kebaikan ada saja yang hendak di dengkikan.

Untuk orang yang terus-terus terjah menerjah tu saya nasihatkan selidik dulu daripada mana dapat gambar tu dan adakah gambar tu mempunyai kebenaran daripada supplier atau pun tidak. Kalau tak ada kebenaran bolehlah repot polis ke, askar ke bomba ke. Tapi kalau peniaga tu ada kebenaran daripada supplier kan ke jatuh FITNAH namanya tu. 

Saya ni pun tahu juga halal haram. Saya bisnes dah lama, tahu banyak liku-liku perniagaan ni. Janganlah main tuduh je kalau tak tahu. Saya ambil semua gambar tu pun atas kebenaran suplier. Kalau tak percaya tanya pada supplier. Saya ni agen dia, bukan pencuri!
Nasib dah buang whatsapp kebenaran dari supplier tu, kalau tak saya bagi tengok kat sini.

Tapi tak apalah, saya dah bagitau dah supplier tu ada orang jenis macam tu. Semoga lepas ni tenang hatilah ya sebab menuduh, memfitnah orang. Mungkin esok lusa kat akhirat awak merangkak mencari orang yg awak tuduh tu. Sekian terima kasih!

Ya Allah dugaan datang lagi. Alhamdulillah aku di uji dan aku tahu Allah sayang aku.

Mood : Hampa

Wednesday, September 17, 2014

Gangguan Seksual

Assalamualaikum bloggers
Apa khabar semua? InshaAllah diharap semua kengkawan sihat ye..
Maaflah sekarng ni jarang dah update entry kat blog
Bukan apa ada masalah besar yang berlaku pada saya.
Doakan saya sentiasa dilindungi dari fitnah dunia dan daripada penganiayaan orang sekeliling. Amin. 

Gangguan Seksual..
Siapa pernah mengalaminya? takut hendak berterus-terang? tidak tahu apa yang perlu dibuat? tidak tahu mana nak mengadu???? JANGAN TAKUT!!! dan sila bertindak dengan pantas dan betul. Jangan biarkan diri kita diperlekehkan dan dipermainkan. Kita ada maruah kita sendiri. Lebih-lebih lagi kalau kita seorang isteri kita memegang maruah suami kita. 

Gangguan seksual ditempat kerja merupakan satu pengalaman yang cukup drastik dan menyeksa perasaan si mangsa. Hal ini akan menyebabkan kita menjadi takut hendak ke tempat kerja, malas, tertekan, gelisah, terhina, benci, marah, sedih dan hilang pertimbangan sehingga menjejaskan psikologi, fizikal dan kesihatan mangsa. 

Antara tingkah laku yang diklasifikasikan sebagai gangguan seksual ialah :

Secara Lisan : gangguan termasuk kata-kata komen, gurauan, usikan dan bunyi yang bersifat seksual

Bahasa Isyarat : isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks serta tingkah laku mengurat yang berterusan juga dikategorikan sebagai ganggual seksual.

Secara Visual : seperti bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berbentuk seksual serta mendedahkan tubuh termasuk pakaian seksi.

Secara Psikologi : mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu.

Secra Sentuhan Fizikal : seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan serangan seksual seperti meraba.

Oleh yang demikian, seandainya anda pernah mengalami salah satu daripada 5 perkara diatas bolehlah membuat laporan kepada ketua Jabatan korang,Biro pengaduan awam (BPA)  atau yang paling baik lapor kepada pihak polis.Mungkin 4 perkara diatas masih boleh kita pertimbangkan dengan kesabaran tetapi kalau anda mengalami perkara yang kelima jangan tunggu lagi buat je laporan. Biar si pelaku tu mendapat pengajaran yang menyedarkan beliau. Kalau kita biarkan takut-takut nanti perkara yang tidak diingini akan berlaku kepada kita. Seperti sakit, lebih baik mencegah daripada merawat.

Hukuman bagi si pelaku :


Seksyen di bawah Kanun Keseksaan Jenis hukuman Hukuman penjara minimum Hukuman penjara maksimum Hukuman Lain

349: Kekerasan Jenayah.
Hukuman di bawah 352 Penjara atau denda atau kedua-duanya 3 bulan Denda maksimum RM1000



354: Kekerasan dengan niat mencabul kehormatan

Penjara atau denda atau sebatan atau mana-mana dua seksaan
10 tahun
Boleh didenda atau disebat



509: Perkataan/isyarat yang mengaibkan kehormatan

Penjara atau denda atau kedua-duanya
5 tahun
Boleh didenda.




Walaupun perkataan lucah ke atas pekerja wanita yang berlaku di tempat kerja merupakan satu jenayah di bawah seksyen 509 tetapi disebabkan kebanyakan kes gangguan seks hanya melibatkan si pesalah dan mangsa tanpa kehadiran orang ketiga serta tiada kecederaan fizikal, maka amatlah sukar untuk memenuhi piawaian pembuktian di bawah undang-undang jenayah iaitu tanpa keraguan yang munasabah. Dalam aspek ini, mangsa gangguan seks seolah-olah tiada perlindungan di bawah undang-undang jenayah. 
(Okey yang ni sangat menyedihkan, tapi mana ada orang yang nak buat jahat tunggu orang ramai kan? sipelaku pun pintar juga, mesti dia akan buat masa orang tiada. Diperumpamakan seperti, manada orang mahu mengaku berak ditepi jalan!)

Kadang-kala ada juga majikan yang menyalahkan kita semula atau majikan yang menyebelahi si pelaku kerana si pelaku mempunyai hubungan rapat dengannya. Ini akan menyebabkan si mangsa akan lebih tertekan. Dimana keadilan majikan seperti itu? 


Sebenarnya, masih terdapat kes-kes jenayah terhadap wanita yang tidak dilaporkan. Kes-kes tersebut tidak dapat ditentukan bilangan dan sistem keadilan jenayah akan gagal sekiranya ia tidak dapat membantu mangsa sementara pesalah tidak dihadapkan ke muka pengadilan dan menunggu peluang untuk mencari mangsa yang seterusnya. 

Oleh itu, usaha pengukuhan sistem keadilan jenayah dari segi prosedur laporan, pendakwaan, forensik serta kaunseling harus diberi perhatian.



DOA DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH.

BERDOALAH AGAR KITA DIJAUHKAN DARIPADA MAJIKAN DAN ORANG-ORANG YANG ZALIM.
BERDOALAH AGAR KITA DIJAUHI DARIPADA FITNAH DUNIA DAN PENGANIYAAN ORANG TERHADAP KITA.
INSYAALLAH, ALLAH MAHA ADIL, JANGAN LUPA YANG DIATAS. DIA MAHA MELIHAT DAN JANGAN MEMPERLEKEHKAN JANJI-JANJI-NYA.






Tuesday, September 2, 2014

Salam Merdeka


Assalamualaikum kawan-kawan bloggers...
Lama saya menyepikan diri...
Dugaan demi dugaan mendatang...
Doakan saya terus tabah dalam menghadapi segala dugaan dunia ini Amin...

Rasanya belum terlewat lagi untuk saya mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 57 TAHUN " dengan tema " DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA"....

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi walaupun tahun ini merupakan tahun yang paling banyak Malaysia diuji, namun Allah masih meminjamkan kita bumi Malaysia ini. Walaupun semakin hari bangsa diantara kita berbalah sesama sendiri, baik yang terang-terangan mahupun yang secara senyap, Malaysia masih Allah lindungi.

Rasa sebak, bila ada diantara kita yang sudah mulai lupa dimana bumi kita berada. Hina menghina agama lain, pemimpin berbalah sesama sendiri, bangsa berbunuh sesama sendiri, kemanusiaan jelas mulai pudar, keperihatinan mulai goyah, kedudukan mulai terancam dan banyak lagi yang telah dan akan berlaku. Semua itu petanda akhirnya zaman ini.

Ya Allah ...
Semoga Engkau sentiasa memelihari Malaysia yang kecil ini daripada fitnah dunia.
Semoga Engkau memelihara kami daripada tipu daya syaitan nirrojim.
Semoga Engkau satukan hati dan iman kami yakni Umat Muhammad Mu Ya Allah.

Tiada daya dan upaya selain memohon pertolongan daripada Mu Ya Allah...Amin

Friday, August 8, 2014

Salam Aidilfitri 2014

Assalamualaikum kawan-kawan
lama x update blog!!!!
busy puasa, busy raya, busy makan hehe

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN 
saya ucapkan kepada semua rakan-rakan blogger
Kosong-kosong ya :)

Ni gambar raya separuh ja tau, nanti kalau banyak muntah pula korang tengok haha


Tahun ni kakak dan adik beraya sebelah suami
so kurang sikit orang :)




Hari tu sehari sebelum raya kemas rumah dengan suami. Seronok sangat-sangat dapat bekerjasama hehe dan inilah hasilnya tadaaa.......


Ruang Makan


Ruang Tamu



beraya rumah nenek


beraya rumah pakcik


beraya rumah kawan dari kecil


dari kecik sampai besar kami bersama
adik beradik pun sama 6-6 perempuan



My Baby Boy


With my Mama








Monday, July 7, 2014

Tuesday, July 1, 2014

Happy Fasting

Assalamualaikum bloggers rasanya masih tidak terlambat untuk saya ucapkan
 "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN"
 kepada semua rakan-rakan yang beragama Islam. Semoga puasa full tau. Jangan ponteng-ponteng tau! melainkan yang memang Allah bagi rehat hihi
Sungkai nanti pula jangan makan banyak. Makan ala kadar je. Sahur pula jangan tinggal sebab Nabi galakkan kita bersahur. Dan selamat menunaikan solat terawih juga :) 


Tuesday, June 24, 2014

Ambil Organ

Assalamualaikum... lately banyak dengar budak-budak kena culik. Ya Allah takut sangat. Otak ni tak habis fikir dimana mereka berada dan apa keadaan mereka sekarang. Tapi ramai yang kata sekarang banyak kes culik untuk ambil organ. Macam cerita kat bawah ni, saya dapat ni dari FB seseorang. Baca..baca...

Sweetrider Arn
kes penculikan kanak2 & wanita utk jual organ ke black market ni mmg betul tau. Bukan momok2 je. 2 minggu lepas waktu sy ke pekan golok ambik stok benang dgr org kt kedai tu duk ckp jumpa mayat budak dgn abdomen kosong. Dada yg terbelah dan biji mata dikorek. Bila tanya kat mana? Dia ckp di 'Waeng', iaitu daerah atas sikit drpd golok. Ya ALLAH. Dekat sgt tu ingatkan kejadian ni atas lagi mcm kat bangkok ke...lepas tu wanita td cerita lg dia kata org jahat tu nakkan wanita n kanak2, beberapa hari lepas ada ibu yg g ambik anak sekolah kena himpit dgn van yang dah siap buka pintu nak cekup diorang yg atas motor tu, nasib baik si ibu panjang akal dia terbalikkan motor dia walaupun dia cedera tp selamat sbb bunyi motor accident org pakat keluar tgk, so van tu tutup pintu n pergi cepat2. Dia kata lg, sindiket ni nakkan wanita n kanak2 je sbb lelaki merokok, organ dalaman byk yg rosak @ tak sihat. Tak laku jual. Lepas tu makcik yg sorang lg tu pun kata, sindiket diorang ni bukan org biasa2 ni, mesti ada 'bomo' terlibat sama. Bomo tu panggilan org siam utk doktor. Kalau org yg tak belajar nk ambik organ tak reti. Rosak lah. Tgk mcm dlm gmbr ni. Dia korek ambik brg2 dlm tu hidup2 tau! Jadi, awasi anak2 yer...utk kawan2 ku yg selalu lone ranger ke mana2 tu, plis plis be extra careful, while driving alone, shopping alone, and plis keep your loneliness tu yourself je! Xpayah update dlm fb, balik kg alone, pegi keja alone, duk rumah sorang2 atau dgn anak2 je suami outstation bagai. Tu mcm menjemput penjenayah la tu. Yg ada anak kecik tu kalau ke mana2 tolong sgt jgn lepas je anak2 walau anda rasa tak munasabah org jahat nk ada. Dia mengintai di sebalik baju2...ohh!! zaman sekarang jadi paranoid pun takpe kot! Sy tak kisah org kata sy paranoid ke apa! Sound system masjid skali aku pekik panggil malyka atau daddy nya yg ralit waktu membeli. Tak kisah habis org pandang.


Tengok kesian sangat orang tu, dalam keadaan yang masih bernyawa mereka ambil organ-organnya. Ni kerja orang Thailand ni. Sebab kat sana memang famous bab-bab ambil organ ni kan. Takutnya nak ke negara asing. Biarlah tak pergi langsung, cuti-cuti Malaysia lagi baik.

Ya Allah Lindungi Kami HambaMU Ya Allah
Engkaulah Penyelamat kami
Engkaulah Pelindung kami
Engkaulah Yang Maha Kuasa
AMIN

Wednesday, June 18, 2014

Jenayah Berleluasa

Assalamualaikum bloggers yang disayangi jom kita borak pasal jenayah di negara kita yang semakin berleluasa ni.

Pembuangan bayi? Pembunuhan? Rogol? Samun? Langgar? dan blah blah blah..

Dunia semakin menghampiri kepada Akhirat. Sesama kita berbunuhan walau hal sekecil kuman sekalipun. Nyawa manusia kini tidak lagi bernilai...

Tapi ... sedihnya apabila seorang bayi yang tidak bersalah dibuang dan dibunuh. Apalah dosa anak kecil itu yang tidak mengerti apa-apa? Tidak adakah rasa kasih dan sayang sepanjang mengandungkan anak kecil itu? kenapa tidak dihindari sebelum ianya terjadi? Benarlah kata orang, remaja zaman sekarang sudah tidak kenal erti DOSA. 

Kadang-kala saya tertanya-tanya, apa yang mereka fikir dan rasa bila melakukan pembunuhan tersebut? Tidak adakah rasa takut dan sayang pada anak kecil itu? Ya Allah....... sampai hati mereka :'( Sakitnya hati yang melihat anak kecil dilakukan sedemikian. Apa dosanya????

Pembunuhan sesama sendiri. Pembunuhan yang kadang-kala tidak dapat diterima akal fikiran kita apabila membunuh hanya kerana perkara remeh. Dimanakah tahap kewarasan dan keimanan orang zaman sekarang? Sedih dan hancur hati keluarga si mangsa apabila ahli keluarga mereka dibunuh sesuka hati. Apatah lagi membunuh seorang anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.

Pembunuhan yang terjadi banyak melibatkan kesan pengambilan dadah, begitu juga dengan kes rogol. Kes rogol beramai-ramai! YA Allah!!!! dimanakan akal fikiran mereka ketika itu? bila dadah sudah menguasai diri, mereka lupa mereka juga punya ibu dan saudara perempuan. Tidakkah mereka ingat itu? tidakkah mereka takut sekiranya keluarga mereka diperlakukan sedemikian? Kenapa perlu ambil dadah? untuk apa? dan siapa dalangnya? Dadah itu memusnahkan! memusnahkan seluruh hidup manusia dialam yang fana ini. Yang menjadi korbannya, adalah orang-orang yang tidak bersalah.

Ya Allah lindungilah kami umatMu. Tiada lagi tempat kami bergantung dan meminta selain daripada Engkau Wahai Tuhan kami. Engkaulah Yang Maha Kuasa, Engkaulah yang Maha Besar. Lindungi Kami Ya Allah, Lindungi Keluarga kami, Lindungi Anak-anak kami, Lindungi Saudara dan Rakan-rakan kami. Allahuakahbar Allahuakhbar.. Amin Yarabalalamin





بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ‘

BISMILLAAHIL LADZII LAA YADLURRU MA’AS MIHI SYAI’UN FIL ARDLI WALA FIS SAMAA’WAHUWAS
 SAMII’UL ‘ALIIM’ Artinya : " 

Dengan nama Allah, dengan nama-Nya tidak akan berbahaya sesuatu yang ada di bumi maupun yang ada di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ". (H.R. Ahmad) 



Monday, June 16, 2014

NetBall Tournament

Assalamualaikum hai bloggers maaflah lama sangat tak update blog ni. Sibuk sangat dengan latihan bola jaring dan persediaan tournament yang telah selesai pada hari kelmarin 15 jun 2014. Selepas 2 tahun meninggalkan dunia sukan, saya kembali lagi beraksi. cewah hehe..tapi macam biasalah bila lama tidak bersukan, keluar macam-macam penyakit sendi hikhikhik :p , tapi minat punya pasal main langgar ja. Alhamdulillah sepanjang kejohanan tiadalah cedera yang teruk sangat, cuma pergerakan terbatas sebab kaki nak guna lama, sayang kalau dah injured sana-sini. So main bola jaring punya kena slow-slow. Hah lagi satu korang jangan tak tahu netball lelaki pun ada taw..teror lagi diaorang main dari kita hikhikhik

ok macam biasa, sedikit perkongsian gambar sepanjang latihan dan perlawanan Bola Jaring yang dianjurkan oleh UITM Kota Kinabalu, Sabah.
13-15 Jun 2014
Bertempat di Dewan Persekutuan Mini Putrajaya, Sabah

 FRIENDLY MATCH DENGAN TEAM HAIBA
  FRIENDLY MATCH DENGAN TEAM HAIBA